Pengenalan Falsafah telah mencatatkan bahawa setiap murid mempunyai potensi yang digemblengkan secara optimum. Hal ini akan menerusi pengurusan yang menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan penasihatan murid merupakan satu objektif yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah bagi melahirkan murid yang sentiasa terpelihara dari segi tingkah laku mereka. Dengan ini kecemerlangan murid dapat dijamin dari segi tingkah laku dan akademiknya. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang tidak dimilikinya, apa yang dia boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang dia tidak boleh capai langsung. Penasihatan kepada pelajar sangat ...
KPS 3014: Pengurusan Pembelajaran