Skip to main content

Tajuk 7: Pengurusan Penasihatan Murid

  • Pengenalan 
Falsafah telah mencatatkan bahawa setiap murid mempunyai potensi yang digemblengkan secara optimum. Hal ini akan menerusi pengurusan yang menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan penasihatan murid merupakan satu objektif yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah bagi melahirkan murid yang sentiasa terpelihara dari segi tingkah laku mereka. Dengan ini kecemerlangan murid dapat dijamin dari segi tingkah laku dan akademiknya. 

Menurut Arbuckle (1965), kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang tidak dimilikinya, apa yang dia boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang dia tidak boleh capai langsung.

 Penasihatan kepada pelajar sangat penting disekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin sama ada dari segi tingkahlaku dan akademiknya. Bukan itu sahaja malah penasihatan juga dapat mengawal daripada berlakunya masalah disiplin yang tinggi terjadi. Sebagai contoh, masalah buli, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya yang kerap berlaku disekolah. 


  • Isi Penting
a) Kaunseling 

Suatu strategi yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. 

Ciri-ciri kaunseling: 
  • Berfokuskan kepada masalah. 
  • Berbentuk arahan dan suruhan. 

b) Bimbingan

 Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006). Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960)

Ciri-ciri bimbingan  
  • Kegiatan bimbingan disusun menurut skala prioriti yang juga ditentukan berdasarkan kepentingan pelajar dan kemampuan petugas 
  • Program dikembangkan beransur -ansur dengan melihat semua tenaga pendidikan dalam          mendidiknya 
  • Program memiliki tujuan yang ideal dan realiti dalam pelaksanaannya 
  • Program mencerminkan komunikasi yang berkesinambungan diantara semua anggota dan staff pelaksanannya 
  • Menyediakan fasiliti yang diperlukan 
  • Penyusunan disesuaikan dengan program pendidikan di lingkungan yang bersangkutan 

 c) Penasihatan

 Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. 

Ciri-ciri penasihatan
  • Fokus kepada masalah yang diajukan menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
  • Memberi nasihat merupakan strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut.
  • Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.

 d) Mentoring
 Merupakan satu entiti yang berhubungkait dengan sub-sistem yang lain. Ia telah lama menjadi perhatian utama oleh ahli-ahli akademik dan industri sebagai satu program untuk pembangunan professional dan peribadi individu (Rekha & Ganesh, 2012). Ia ternyata lebih popular di kalangan guru baru. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah 

Ciri-ciri Mentoring 
  •  Proses pembelajaran yang aktif buat mentee dan mentor 
  • Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan
  • Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif 
  • Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee 
  • Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan 
  • Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. 

  • Rumusan
Kesimpulannya, penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah dengan memberiakan nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat serta mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak secara waras. Khidmat nasihat di sekolah ini sangat penting bagi semua para pelajar kerana, pelajar memerlukan bimbingan positif daripada seseorang yang berpengalaman selain daripada ahli kelurga. Oleh itu, pengurusan penasihat murid ini sangat bermanfaat dilakukan di sekolah.

Rujukan.

Rujukan

Aminah Haji Hashim. (1994). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Satu Tinjauan. Cheras Jaya, Selangor: Univerisit Pertanian Malaysia.
Meng A, E. (1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.



Comments